Penulis: Shaz Johar
300 mukasurat
Harga : RM19.90
Sinopsis:
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu
ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya,
Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota
badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama
Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah
kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan
mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?
MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di
depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu
yang cuba dihindar.
Shaz Johar gemar menulis novel-novel yang 80% intipati ceritanya berlaku di depan mata manakala selebihnya diolah untuk melengkapkan jalan cerita itu sendiri. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dia kini berhenti seketika dari mengelilingi dunia untuk memberikan tumpuan kepada kehidupan yang lebih stabil di tanahair. MENTAL merupakan novelnya yang ketiga selepas KOUGAR dan TABU. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang penulis separa muda ini, dia boleh ditemui di akaun twitter @malayrhapsody, Facebook SHAZ JOHAR, dan celotehnya sekali-sekala dijumpai di laman blog JEJAKA ANGGUN.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak