• Get it here at Student Store 92 !

    Gergasi






    Penulis: Khairul Nizam Khairani

    320 mukasurat

    Harga : RM19.90

    Sinopsis :

    Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang…

    500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali.

    Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa Rizal ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu!

    Biodata Penulis:

    Lahir kat Parit Jawa,
    Bapak Bugis, Mak Jawa,
    Suka mi rebus Jawa,
    Tulis bukan suka-suka,
    Tulis harap boleh kaya,
    Kalau miskin pun tak apa,
    Asal mati masuk syurga,
    Amin!

    *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak



    Choose From Publisher