Pengarang : Ajami Hashim
52 mukasurat
Harga : RM15.00
SINOPSIS:
CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami
Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada
15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter. Asalnya ia hanyalah sekadar
melepaskan kebosanan untuk menulis apa sahaja perihal yang terlintas di
fikirannya. Namun kemudiannya ia berkembang menjadi kegilaan untuk
bercerita di laman media sosial itu setiap hari. Setelah lebih setahun,
Ajami telah berjaya mengumpul beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya
sendiri untuk menulis cerpen tidak melebihi dari 140 aksara di ruang
twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya menggunakan ejaan penuh.
Buku
ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang dibahagikan kepada tiga
segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah cerpen-cerpen yang
agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen yang ada aksi
ganas, seram, sains fiksyen atau pelik. Manakala komedi ialah aneka
cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya
mengundang senyum dalam hati. Setiap cerpen menceritakan sebuah situasi,
monolog, dialog, perasaan, pendapat, persepsi atau sekadar ayat yang
bebas ditafsirkan oleh sesiapa yang membacanya. Kadangkala ada juga
cerpen yang berantaian jika dibaca secara berterusan tetapi masih boleh
dibaca secara berdikari tanpa mengikut kronologi.
Terdapat juga
cerpen-cerpen yang bermula dari ayat permulaan yang sama diikuti oleh
ayat seterusnya yang menjadi cerita yang berasingan. Malahan Ajami
pernah mengajak pengikut akaun twitternya untuk mencadangkan sepatah
perkataan yang dikembangkan menjadi sebuah cerpen.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak